Monday, April 2, 2012

si GIGI BESI a.k.a BRACES

"Braces itu menawan"

boleh pakai ke statement nih??

ahaha...menawan lah sangat, asal bercakap dengan orang je msti gigi aku dulu kena attack. cett..!!

pengalaman pakai braces ni memang agak mencabar sebenarnya, untuk persediaan awal korang kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. lagi satu korang kena bersedia untuk menerima benda baru dalam mulut sebab braces ni sedikit menyakitkan, sedey whoa..

Ramai kata benda ini membazir tapi untuk segelintir orang yang benar-benar tertekan dengan senyuman yang tak berapa nak menawan ni memang tak rasa membazir pun sebab ia untuk kesihatan jugak

dulu gigi aku ni memang tak berdisplin a.k.a tak beratur ikut gerabak. duk suka hati dia je nak tumbuh macam mana. tak sayang tuan langsung! eh! boleh ke mcm tu?? ahaha..

Dulu zaman sekolah pernah jugak berangan nak pasang braces, oleh kerana kos yg agak mahal dan gaji aku yang tak semenggah ni, rasanya benda tu terpaksa dilupakan. tapi, bila dapat tahu yang braces ni boleh dibayar secara ansuran bulanan hati ni terus sepakat dengan otak untuk mengkondem gigi aku...lalalaaa

kos permulaan sebanyak 2k, kalau tak ada 2k jangan berangan lah nak pasang (duit bonus ada maa)
jadinya tak payah pening-pening aku terus mintak bantuan pakcik google buat survey + call klinik untuk confirm payment (kan efisyen gitu...haha)

antara banyak-banyak tempat aku pilih KLINIK GIGI ZUBAIDAH di SEK 18 SHAH ALAM

1st time pergi aku dah jatuh cinta dengan doktor zubaidah, luv u lah doktor! sesi consultation FREE! tapi aku ni jenis tak sabar terus je suruh doktor start langkah pertama:

Ambil acuan + scalling = Rm170.00

Doktor bagi tahu aku kena datang lagi minggu dan spare duit 70.00 untuk tampalan, sebab doktor kata gigi aku ada tahi lalat, jadinya kena tampal sikit. ahaha...malunyaaa... (('')(''))

untuk pemasangan braces, gigi perlu berada dalam keadaan bersih untuk memudahkan gigi tu bergerak. Dan penjagaannya pula HARUS 200% tanpa kompromi! , setiap kali makan adalah sesuatu yang WAJIB untuk memberus gigi (kalau jenis pemalas pakai lidi pOwn bOleh..kikiki)

lepas tu doktor suruh buat appointment untuk pergi x-ray. kos dia Rm200.00 (benda merepek ni pun mahal)

lebih kurang dalam 3 minggu selepas proses ni doktor buat appointment untuk pemasangan sekali dengan deposit Rm1500, masa aku buat sekali atas dan bawah. Ada lah dekat 40 minit, naik kebas mulut aku nganga..huhu T_T

sekarang dah dekat 4 bulan aku bergelar "si GIGI BESI", biasanya budak-budak yang rajin tanya (peramah betul) kadang aku malas nak jawab ckp je "kenapa? nak kena gigit ke?" menggelabah budak tu lari...agak kejam disitu, ahaa..

progress dia amat memberagsangkan, dah nampak sedikit perubahan. tak sabar pulak nak tengok hasilnya nanti ^_^

Yeeeehaaa...!!

Friday, February 5, 2010

ApA PunYa Turr…….!!

Si Ayam & Si Kambing

*Kisah seorang sahabat..

Semalam aku jumpa kawan lama sambil minum petang. Panjang jugak kitorang bercerita. Cerita tentang politik, ekonomi, kerjaya dan lain-lain. Ada satu topic berkenaan perwira yang diceritakan, yang walaupun kedengaran lucu, tetapi ada maksud yang tersirat.

Begini ceritanya…

Alkisah…..Maka tersebutlah kisah….

Di dalam sebuah kampung yang hanya dihuni oleh para binatang
(lebih kurang seperti cerita Animal Farm oleh George Orwell)
ada seekor kambing dan ayam jantan. Masing-masing adalah merupakan antara tokoh terkenal tempatanlah, boleh dikatakan gitu. Mereka saling menonjolkan diri masing-masing untuk merebut pengaruh dikalangan binatang-binatang yang lain.

Setiap kali ada kesempatan, mereka akan saling cuba menjatuhkan antara satu sama lain dimata umum. Antara mereka berdua, si kambinglah yang terlebih licik. Dengan berimejkan kealimannya, dia meraih sokongan ramai meskipun perangainya dibelakang mereka boleh dikatakan agak ligat. Kita boleh katakan sikambing ni jenis yang hipokritlah. Lain di depan, lain dibelakang.

Si ayam pula terkenal dengan sifat kasanovanya, dengan ramai makwe keliling pinggang. Tapi dia berterus terang saja dan tidak menyembunyikan perangai buayanya dari para pengikiutnya.

Suatu petang, seperti kebiasaan mereka berdebat sambil minum petang di kedai kopi yang terkenal di daerah mereka (kira macam Starbuck lah di zaman sekarang)
bermacam perkara yang mereka debatkan, dari isu-isu semasa yang menjadi punca perselisihan mereka, sehinggalah kepada hal-hal yang di dalam kelambu masing-masing.

Senja sudah hampir menjelang. Sikambing tersenyum lebar di dalam hatinya. Fikirnya dia telah memenangi pusingan kali ini. banyak isu-isu yang telah ditimbulkannya telah tidak dapat dibalas dengan memuaskan oleh si ayam jantan. Dia berkira-kira untuk memberikan satu pukulan maut kepada si ayam.

"Bapak ayam", kata si kambing sambil tersenyum sinis. "Awak ni nampak hebat, ada mahkota balong, merah macam biji saga, jubah berkilat dan berwarna-warni, pergi sana-sini bawa keris terhunus, tapi jalan tak pakai kasut, sehingga seisi kampung buat perumpamaan berkaki ayam", tambah si kambing lagi.

Termenung si bapak ayam. Sambil tergaru-garu kepala, dia mendapat satu idea bernas untuk menjawab sindiran kambing.
"Kambing", balas si ayam. Hang ni nampak tungau seberang laut, gajah depan mata pun tak nampak. Hang tu nampak je alim, janggut lebat dan panjang, jalan sopan santun berkasut, tapi jalan sana sini teloq terkontang kanting. Kambing terus tersedak kopi lattenya mendengar kata-kata ayam tersebut.

Begitulah cerita tersebut seadanya, perdebatan antara si ayam dengan si kambing.

*Moralnya disini, janganlah kita berasa bangga dengan apa yang kita miliki, sesungguhnya hiasan dunia adalah sementara

BaNtuLaH MeReKa


Korang Tahu Tak??

Di dada akhbar sekarang banyak berita mengenai kes-kes yang melibatkan anak bunuh ayah, ibu bawa teman lelaki tinggal bersama, anak gadis lari dengan teman lelaki, kes ragut sehingga meragut nyawa, kes rogol kanak-kanak, sumbang mahram dan sebagainya. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Semakin lama masyarakat kita semakin jauh dari agama.

Sebenarnya memang mudah kita nak salahkan kekurangan penghayatan agama yang menjadi punca mereka jadi begitu. Tetapi tanpa kita sedar kadangkala orang yang berilmu agama juga ada menyumbang kepada perkara sedemikian. Aku bukan berbicara tentang ulama’ ataupun guru-guru agama. Tetapi tentang orang yang punyai akhlak yang baik, mengamalkan dan faham tentang agama di kalangan kita tetapi mengambil sikap menjauhkan diri dari realiti masyarakat.

Contohnya ustaz-ustaz ataupun wanita bertudung labuh yang hanya berkawan di kalangan mereka sahaja dan agak skeptikal dengan orang lain. sampai bila-bila golongan ini takkan tahu bagaimana cara berfikir dan cara hidup manusia yang jahil ini sebab mereka berada di dunia yang sama sekali berlainan.

Sepanjang hidup mereka tak pernah ada kawan yang menghisap dadah, pencuri dan berbuat maksiat yang tiada sesiapa bagi jalan untuk mereka keluar. Mereka sentiasa merasakan diri lebih baik dan bimbang akan terpengaruh dengan keburukan sekiranya bergaul dengan orang seperti itu. Itulah sebenarnya masalah dalam menegakkan syiar Islam.

Sebab tu bila perkara yang menyalahi agama berlaku dalam masyarakat mereka lebih mudah menyalahkan pihak lain seperti umara’ (pemerintah) dan ulama’ yang dilihat tidak menjalankan tugas sedangkan mereka hanya duduk di tempat baik-baik dan dikelilingi orang-orang yang baik akhlaknya. Kalaupun mereka bercakap tentang agama yang mendengar kebanyakkannya adalah orang yang telah faham tentang agama dan dakwah tersebut tak pernah sampai kepada orang yang sepatutnya.

Kesimpulannya, aku suka melihat ‘orang agama‘ yang berkawan dengan orang ‘biasa’ yang lakukan dosa tetapi dengan niat mengubah mereka. Mereka menunjukkan akhlak yang baik dan keindahan Islam untuk dicontohi. Mereka lebih mudah didekati oleh orang yang kurang berilmu berbanding orang agama yang sering pandang rendah terhadap mereka. Kata-katanya lebih mudah diterima dan mudah untuk orang terus mendekati Islam.

Begitu juga aku, walaupun ilmu agama yang aku perolehi tidak lah begitu tinggi berbanding mereka yang benar-benar menyelami ilmu agama nie, tetapi aku tidak lah ragu-ragu untuk berkawan dengan golongan yang bermasalah dan perlukan bimbingan secara perlahan macam kes-kes sekarang nie.

Tetapi mengapa harus ada pihak yang sering menyarankan aku menjauhi mereka sedangkan itulah jihad yang lebih sukar iaitu untuk mengubah masyarakat jahil kembali mengenal Allah. Ingatlah wahai pembaca sekalian, setiap insan ada kekurangan luar mahupun didalam. Bersama-samalah kita memperjuangkan Islam tidak hanya pada mereka yang kenal tentang hukum hakam ALLAH.

Sesungguhnya aku juga banyak kekurangan, sesuatu yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan buruk itu datangnya dari diri aku sendiri.

Wallahua’lam

Tuesday, February 2, 2010

TeMan Ku Si Peniru GaYa

Al-Kisah...dari Hikayat Sang Lanun dan Peter Pan

"Bu, orang tu baju sama macam kau lah"

"Alamak...weh lari weh... jangan sampai ade yang perasan"

[Scene 1]


Itu lah aku, nama pendek aku 'bu'. Memang dari dulu aku memang paling segan kalau nampak orang pakai ape-ape benda yang sama dengan yang aku pakai time tue
(melainkan baju uniform ar)

Rasa macam dah tak nak pakai je benda tu walaupun aku baru pakai sekali (sanggup tuh). Bukan aku belagak tak nak orang pakai barang yang aku pakai, tapi memang aku rasa macam ditertawakan pulak. Rasa malu nie bukan pada orang yang aku jumpa kat luar-luar tue ler, kalau orang-orang kat luar tue nampak je baju dia sama macam aku belum-belum aku lari 100m dulu dah. So, tak der masalah lah aku nak pakai baju tue lagi (Pe de hal kn?)

Persoalannye disini macam mana kalau orang yang selalu kita jumpa asek meniru gaya apa yang kita pakai a.k.a tak der pendirian lah kata member-member aku, tak kesahlah dari segi penampilan, pekerjaan, pasangan, kawan-kawan dan sewaktu dengannyer lah. Sampaikan member-member aku panggil dia kembar aku sebab dalam banyak-banyak orang asek aku je jadi mangsa, tue yang buat aku naik fade-up nak berkawan dengan dia lagi dah (nyampah siot!!)

Nak dimulakan cerita ada sorang minah nie memang dari kecik aku kenal dengan dia, kalau d'ikutkan dia nie baik sebenarnyer. sopan dengan orang tua, peramah, baik hati (sebab dia selalu gak belanje aku) penyanyang, kira kalo lelaki nampak pun leh tergoda gak kut.

Tapi dia mempunyai masalah yang buatkan orang menyampah dengan dia iaitu suka menipu, tak boleh mengalah dan tau nak menang jer, talam 2 muka a.k.a bermuka-muka dan paling penting suka MENIRU GAYA orang.

Dia nie jenis nampak orang pakai lawa sikit dia nak tiru, nampak orang beli kasut baru dia nak beli, tengok orang tukar fesyen dia pun ikut fesyen yang sama dengan orang tu, dengar orang cerita benda-benda gempak, pun dye nak cerita jugak, pendek kata dia pun tak nak mengalah walaupun apa yang keluar dari mulut dia 2 KISAH DONGENG belaka. Bak kata adik aku dia pun nak market gak...
(g mampuih lah kata orang utara)

Sampai sekarang aku tak faham dengan dia nie ape dah tak de pendirian ke nak tentukan barang apa die nak pakai, seboleh-bolehnyer kalo dia nampak orang pakai barang atau berhias tue cantik kat mata dia dah sebijik macam tu lah dia nak ikut.

Bukan maksud aku cemburu ke hape kat dia tu tapi kalo dah semua benda dia nak tiru mana bleh jadik nih, sampaikan yang baru kenal dia pun sakit hati dengan gaya dia bila dia beli benda yang sama dengan diaorang-diaorang tue.

lagi satu dia nie kalau bercerita memang berkobar-kobar beno, yoyohok macam betul sangat je cerita dia tu, bila lepak dengan member2 aku diaorang kadang nak cite sesuatu yang agak gempak lah tapi si minah nie pun lagi gempak ceritannyer wa cakap sama lu!!
(macam aku baru 2 hari kenal dia pulak)

Sampaikan dulu aku pernah d'pulaukan sebab semua orang ingat aku pun perangai seangkatan dengan dia (ape kes nie beb??)

Aku sebenarnye tak de hal sangat pasal benda nie, kalo member-member nampak aku pakai macam nie dia kata ok dan dia pun nak beli aku tak de hal pun. tapi kalo dah setiap inci apa yang kita pakai blum masuk benda-benda yg kita buat ada orang asek nk meniru je nie yang mendatangkan 'KESEBELAN' yang teramat sangat nie. kalo aku pergi kerja pakai 'Bikini Bottom' pun dia ikut gak kut.

Cuba bayangkan satu hari korang beli barang tak pun pakai sesuatu yang baru
(konon-konon nak tunjuk kat member ar)

Tiba-tiba salah sorang dari kawan korang tanyer..


Bedah: "Weh! cantik ar jam ko, baru yea??"

jawapan: "beli kat jusco semalam, ok ke beb?"

Bedah: "Smart gak, pandai ko pilih..hehehh...."

kawan-kawan korang lain lain tu dah angguk-angguk kira gitu je ar kn? tapi tiba-tiba member korang yang lagi satu nie tanyer lagi..

"Bape inggit ko beli?"

jawapan: biase je..tak de ar mahal sangat

"Jusco kat belah mana?"

jawapan : ade...kat belah belakang tue

"ko g dengan sapa?"

jawapan: dengan mak aku je..

agak-agak jawapan tue tak memuaskan hati yang bertanya makin panjang ar yang dia akan tanya
(Bijak betui depa nie selidik..mengalahkan ins. gejet)

"nape tak pg dengan bf ko"

jawapan: dia busy...

"bf ko yang naik honda tue kn?"

[Scene 2]

*kalau ye pun budak tu naik Honda dia pun nak cakap bf dia naik Ferarri kut
(Uhuk Uhuk)

Yang ditanya tu tak ke rasa bengang?? cerita pendek pandai pulak dia kembangkan, bunyik macam nak korek rahsia lah pulak. Ada org malas nak layan melencong ar bukak topik lain. tapi si minah nie selagi die tak puas hati selang 10 ke 15 minit dia akan tanya balik.

"Weh! tadi aku tanya ko tak jawab lagi"

"bf ko yang naik Honda tue lagi ker?"

[Scene 3]

kira gitu ar bentuk-bentuk pertanyaan si minah senget nie, memang aku rasa nak sembur kat situ jer kalau dia tanya soalan macam-macam kat aku, mujurlah aku nie bukan jenis suka memalukan kawan dan kalau bengang ke geram memang sendiri-sendiri je aku simpan. itu yang masalah tue sampai aku nie rasa macam ditindas jer..

Aku nie bukan jenis suka berdendam ke bermusuhan ke dengki mendengki ke ape-ape kejadahnyer lah, tapi dengan sorang minah nie je yang kadang buat aku berdosa besar
(Ya Allah ampunilah dosa hamba Mu ini)

Mana taknyer, kut-kut ada benda rahsia yang kita tak nak kecoh-kecoh bagi orang tahu bila keluarnya soalan yang bukan-bukan terpaksa lah kita jawab a.k.a termenipu orang dan tak pasal-pasal 'ter'dosa kat situ gak.

Bila dah berkali-kali taktik yang sama dikeutarakan kadang aku bengang aku pun menipu dia sebab aku taknak dia beli barang yang sama. sampai macam tu sekali ish ish ish..

Cuba bayangkan selang beberapa hari atau minggu sesi soal jawab dengan member korang tiba-tiba korang perasan yang mahluk yang banyak songeh tanyer macam-macam tue pun pakai jam yang sama dengan korang, sama kaler pulak tu...


"Ai macam sama je jam ko tu dengan aku"

jawapan minah tu pulak:

"Eh! yeke? xperasan ar, aku beli kat sunway pyramid hari tue.. mula-mula ingat nak beli yang yang lagi satu, tapi nampak yang nie lagi ok, tak sangka pulak sama macam ko"

[Scene 4]

nak jugak!!

Hurmm....kira gitu lah cara dia memperagakan barang yang dah d'ciplak untuk diperagakan. Nie bukan ar cerita sebenar, tapi lebih kurang gini ar cara dia korek rahsia untuk dapatkan barang yang dia rasakan dia harus miliki gak. Itu baru barang, kalau nak cakap cerita-cerita gempak dia pulak bunyinyer gini..


Siti: Korang nak tau dulu masa skolah aku selalu gak ponteng kelas

eton: ko memang...tu pasal smpai skarang lembab..hahahhh....

minah: Weh! bukan ko je, aku dulu lagi ar, ada sorang cikgu tue memang kitorang satu kelas tak suka dengan dia, asal dia masuk je dulu aku selalu lepak tandas. ramai-ramai ar dengn member-member aku.

[Scene 5]

translation : maksud ayat si minah nie dia pun nak cite gak yang dia pun nakal kat sekolah dulu


Kisah lain pulak


Fatimah: Aku rasa muka ko dah putih sikit ar lepas pakai bedak batu tu, aku dah cakap mesti ok
punyer...

zainab: Eh! Yeke? ko biar betul??

Fatimah: Yela..tak caya ko tanya minah..

Minah: Haah...bedak batu tu memang elok..aku pun pakai jugak..

zainab: Eh! minah, ko pun pakai bedak batu gak ke?

Minah: yer la..aku pakai dah lama dah..


[Scene 6]

translation: Dia nak cakap yang dia pun pakai barang yang sama dengan dia orang gak padahal pakai bedak sejuk jer..


hahahhh....kira mcm 2 gak lah bunyiknyer, memang bunyi benda kecik je kan? tapi kalo yang kecik tue pun dia tak puas hati orang ada nie kan pulak benda-benda besar. Ade gak member-member yang baru kenal dia tanya kat aku kenapa perangai dia macam tu, oleh kerana aku dah lama kenal dia so aku jungkit bahu je lah.

Malas aku nk cite-cite hal dulu sebab aku kene lagi teruk sebenarnyer, kalo sesape rasa ok kawan dengan dia teruskan ar. aku xnak ar jadi batu api pulak. yang penting aku dah masuk air ar dengan dia tu, 100% dia cakap belum tentu 99% aku nak percaya. Jangan besok dah kawen jiran sebelah ada swimming pool dia pn nak market ada sunway lagoOn dalam rumah sudah.
(risau jugak aku dengan dia tue)

La nie aku perasan orang-orang sekeliling dia termasuk family + bf + member kamcing dia yang dekat-dekat ngan umah asal nampak aku je pandang lain macam, ntah apa pulak dia mengata aku kat belakang nie.
(What's problem to all this people huh??)

Aku tak fitnah dia mengata aku belakang-belakang tapi dulu masa aku dok layan dia selalu gak dia ngumpat member-member baik dia. skarang tak tahu pulak kut-kut aku pulak jadi icon umpatan dia kat member-member yang dia dok mengata kat aku dulu tu. cite pasal keburukan orang kemain lagi tapi dah tak de kawan cari balik budak-budak tu.
(Ayak! ini macam orang pun ada ka??)

Haii....tak tahu nak buat apa dengan dia nie, kalau korang ada saranan boleh lah cadangkan kat aku pe aku nak buat dengan dia nie biar dia ubah sikit perangai dia 2. Tak nak ar aku 'nyengit' sesama makhluk nie. Buat menambahkan dosa aku jer. sementara waktu nie aku cuma menjauhkan diri dari dia je, sebab aku tak nak menambahkan dosa dia menipu aku.

aku dah pedapp!!! rasa nak panggil pihak berkuasa je untuk membenteras jenayah nie..

huish!!...

Sunday, January 3, 2010

MeNgHituNg HaRi...


Pergilah Air Mata...

Penantian itu satu penyiksaan, bukan tersiksa tunggukan seseorang tapi buku Pergilah Air Mata nie. Adehh....ponat den menghitung hari keluarnyer buku nie kat pasaran, lambat bebeno.. penat menunggu n3 siri cite nie kat blog kak hanni ngan penulisan2u akhirnya tercalon sebagai novel terbaik untuk diterbitkan oleh KN a.k.a kaki Novel.

Ini sebenarnya buku kedua dari kak hanni selepas BYMB, buku tu baru keluar june 2009 hari tu nie buku kedua pulak dah nak keluar Alhamdulillah...rezki kak hanni... kalo korang nak tahu air tangan kak hanni nie memang meletOp!! (adoi...kalo kak hanni dengar nie mesti kembang kempis idung dia hahahh...)
tapi aku memang suka gaya penulisan cerita kak hanni yang memang sempoi...
dikhabarkan buku nie akan keluar awal jan 2010 nie..

Sinopsis

Sebuah bala…
sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.
Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.

Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.

Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya.

Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya.

Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Harga senaskah RM28 jer..

Tuesday, December 15, 2009

TiPs KeLuaRGa SaKiNaH


Selamat Mencuba

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

AdaKaH SiDia JoDoH AnDa???


Suratan atau Kebetulan?

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11.Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.