Friday, February 5, 2010

BaNtuLaH MeReKa


Korang Tahu Tak??

Di dada akhbar sekarang banyak berita mengenai kes-kes yang melibatkan anak bunuh ayah, ibu bawa teman lelaki tinggal bersama, anak gadis lari dengan teman lelaki, kes ragut sehingga meragut nyawa, kes rogol kanak-kanak, sumbang mahram dan sebagainya. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Semakin lama masyarakat kita semakin jauh dari agama.

Sebenarnya memang mudah kita nak salahkan kekurangan penghayatan agama yang menjadi punca mereka jadi begitu. Tetapi tanpa kita sedar kadangkala orang yang berilmu agama juga ada menyumbang kepada perkara sedemikian. Aku bukan berbicara tentang ulama’ ataupun guru-guru agama. Tetapi tentang orang yang punyai akhlak yang baik, mengamalkan dan faham tentang agama di kalangan kita tetapi mengambil sikap menjauhkan diri dari realiti masyarakat.

Contohnya ustaz-ustaz ataupun wanita bertudung labuh yang hanya berkawan di kalangan mereka sahaja dan agak skeptikal dengan orang lain. sampai bila-bila golongan ini takkan tahu bagaimana cara berfikir dan cara hidup manusia yang jahil ini sebab mereka berada di dunia yang sama sekali berlainan.

Sepanjang hidup mereka tak pernah ada kawan yang menghisap dadah, pencuri dan berbuat maksiat yang tiada sesiapa bagi jalan untuk mereka keluar. Mereka sentiasa merasakan diri lebih baik dan bimbang akan terpengaruh dengan keburukan sekiranya bergaul dengan orang seperti itu. Itulah sebenarnya masalah dalam menegakkan syiar Islam.

Sebab tu bila perkara yang menyalahi agama berlaku dalam masyarakat mereka lebih mudah menyalahkan pihak lain seperti umara’ (pemerintah) dan ulama’ yang dilihat tidak menjalankan tugas sedangkan mereka hanya duduk di tempat baik-baik dan dikelilingi orang-orang yang baik akhlaknya. Kalaupun mereka bercakap tentang agama yang mendengar kebanyakkannya adalah orang yang telah faham tentang agama dan dakwah tersebut tak pernah sampai kepada orang yang sepatutnya.

Kesimpulannya, aku suka melihat ‘orang agama‘ yang berkawan dengan orang ‘biasa’ yang lakukan dosa tetapi dengan niat mengubah mereka. Mereka menunjukkan akhlak yang baik dan keindahan Islam untuk dicontohi. Mereka lebih mudah didekati oleh orang yang kurang berilmu berbanding orang agama yang sering pandang rendah terhadap mereka. Kata-katanya lebih mudah diterima dan mudah untuk orang terus mendekati Islam.

Begitu juga aku, walaupun ilmu agama yang aku perolehi tidak lah begitu tinggi berbanding mereka yang benar-benar menyelami ilmu agama nie, tetapi aku tidak lah ragu-ragu untuk berkawan dengan golongan yang bermasalah dan perlukan bimbingan secara perlahan macam kes-kes sekarang nie.

Tetapi mengapa harus ada pihak yang sering menyarankan aku menjauhi mereka sedangkan itulah jihad yang lebih sukar iaitu untuk mengubah masyarakat jahil kembali mengenal Allah. Ingatlah wahai pembaca sekalian, setiap insan ada kekurangan luar mahupun didalam. Bersama-samalah kita memperjuangkan Islam tidak hanya pada mereka yang kenal tentang hukum hakam ALLAH.

Sesungguhnya aku juga banyak kekurangan, sesuatu yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan buruk itu datangnya dari diri aku sendiri.

Wallahua’lam

No comments: