Si Ayam & Si Kambing
*Kisah seorang sahabat..
Semalam aku jumpa kawan lama sambil minum petang. Panjang jugak kitorang bercerita. Cerita tentang politik, ekonomi, kerjaya dan lain-lain. Ada satu topic berkenaan perwira yang diceritakan, yang walaupun kedengaran lucu, tetapi ada maksud yang tersirat.
Begini ceritanya…
Alkisah…..Maka tersebutlah kisah….
Di dalam sebuah kampung yang hanya dihuni oleh para binatang
(lebih kurang seperti cerita Animal Farm oleh George Orwell)
ada seekor kambing dan ayam jantan. Masing-masing adalah merupakan antara tokoh terkenal tempatanlah, boleh dikatakan gitu. Mereka saling menonjolkan diri masing-masing untuk merebut pengaruh dikalangan binatang-binatang yang lain.
Setiap kali ada kesempatan, mereka akan saling cuba menjatuhkan antara satu sama lain dimata umum. Antara mereka berdua, si kambinglah yang terlebih licik. Dengan berimejkan kealimannya, dia meraih sokongan ramai meskipun perangainya dibelakang mereka boleh dikatakan agak ligat. Kita boleh katakan sikambing ni jenis yang hipokritlah. Lain di depan, lain dibelakang.
Si ayam pula terkenal dengan sifat kasanovanya, dengan ramai makwe keliling pinggang. Tapi dia berterus terang saja dan tidak menyembunyikan perangai buayanya dari para pengikiutnya.
Suatu petang, seperti kebiasaan mereka berdebat sambil minum petang di kedai kopi yang terkenal di daerah mereka (kira macam Starbuck lah di zaman sekarang)
bermacam perkara yang mereka debatkan, dari isu-isu semasa yang menjadi punca perselisihan mereka, sehinggalah kepada hal-hal yang di dalam kelambu masing-masing.
Senja sudah hampir menjelang. Sikambing tersenyum lebar di dalam hatinya. Fikirnya dia telah memenangi pusingan kali ini. banyak isu-isu yang telah ditimbulkannya telah tidak dapat dibalas dengan memuaskan oleh si ayam jantan. Dia berkira-kira untuk memberikan satu pukulan maut kepada si ayam.
"Bapak ayam", kata si kambing sambil tersenyum sinis. "Awak ni nampak hebat, ada mahkota balong, merah macam biji saga, jubah berkilat dan berwarna-warni, pergi sana-sini bawa keris terhunus, tapi jalan tak pakai kasut, sehingga seisi kampung buat perumpamaan berkaki ayam", tambah si kambing lagi.
Termenung si bapak ayam. Sambil tergaru-garu kepala, dia mendapat satu idea bernas untuk menjawab sindiran kambing.
"Kambing", balas si ayam. Hang ni nampak tungau seberang laut, gajah depan mata pun tak nampak. Hang tu nampak je alim, janggut lebat dan panjang, jalan sopan santun berkasut, tapi jalan sana sini teloq terkontang kanting. Kambing terus tersedak kopi lattenya mendengar kata-kata ayam tersebut.
Begitulah cerita tersebut seadanya, perdebatan antara si ayam dengan si kambing.
*Moralnya disini, janganlah kita berasa bangga dengan apa yang kita miliki, sesungguhnya hiasan dunia adalah sementara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment