Tuesday, December 15, 2009

TiPs KeLuaRGa SaKiNaH


Selamat Mencuba

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

2 comments:

Anonymous said...

TIPS KELUARGA 69

1. KETIKA MENCARI CALON
Undilah calon barisan nasional.

2. KETIKA MELAMAR
Lamaranku benar belaka.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Aku terima nikahnya.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua duit sumbangan tetamu yang datang.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Ehem....ehem..

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi ber tar.. mungkin juga jalan tuanku abdul rahman, jalanraya atau jalan yang lurus.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Upahlah kontraktor untuk membaikinya semula.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cuba-cubalah buat anak.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Teruskan buat anak.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Buat loan kat bank.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Cari seorang lagi isteri.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk manja-manja dengan isteri kedua..

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Pedihlalu.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Rajin-rajinlah tampar anak.. Sayang anak tangan-tangan kan.

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Hantar je ke Henry Gurney.

16.KETIKA ADA PIL
Permulaan yang bagus untuk membuka sebuah klinik kesihatan.

Ok?? KATAKANLAAAAAAAAHHHHHHHH

ManjaLara said...

TIPS KELUARGA 69 - *Jawapan aku pulak

1. KETIKA MENCARI CALON
Undilah calon barisan nasional. *Bermakna anda PAS memasuki KEADILAN

2. KETIKA MELAMAR
Lamaranku benar belaka. *Tiada yg benar! kerana semua ini salah!

3. KETIKA AKAD NIKAH
Aku terima nikahnya. *Objection your honor!!

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua duit sumbangan tetamu yang datang. *Baru nikah..belum kondangan ar mcm mana nk kira ngOk!

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Ehem....ehem.. *Yang nie aku malas nk komen..paham2 jer..yg pnting pagi jgn lupa kemas tilam uhuk uhuk..

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi ber tar.. mungkin juga jalan tuanku abdul rahman, jalanraya atau jalan yang lurus. * Dan tidak lupa Jalan Jambu gak..

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Upahlah kontraktor untuk membaikinya semula. *susah2 pasang jer esculator..abis cite..

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cuba-cubalah buat anak. * Ko ingat senang??

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Teruskan buat anak. *Matamu...!!

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Buat loan kat bank. *Korek emas blakang umah jer..

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Cari seorang lagi isteri. *kalo idung pn kembang sape nk Ooii!!...

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk manja-manja dengan isteri kedua.. * banyak chantek muka kow

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Pedihlalu. *Sepak suami kalo mintak kawen lg 1

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Rajin-rajinlah tampar anak.. Sayang anak tangan-tangan kan. *Sayang bini kaki-kaki kan...ayak!

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Hantar je ke Henry Gurney. *Kurung dalam jamban jer..

16.KETIKA ADA PIL
Permulaan yang bagus untuk membuka sebuah klinik kesihatan. *kalo pil sebijik je bsar mana agak-agak klinik 2 eh?

Ok?? KATAKANLAAAAAAAAHHHHHHHH