Tuesday, December 15, 2009

TiPs KeLuaRGa SaKiNaH


Selamat Mencuba

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

AdaKaH SiDia JoDoH AnDa???


Suratan atau Kebetulan?

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11.Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

HaTi SeoRanG waNiTa...


Sekadar renungan...

Wahai temanku,

Tujuan aku menulis warkah ini hanyalah sekadar untuk renungan bersama, terpulang kepada individu yang bijak berfikir dan menyelesikan permasalahan percintaan, memang segalanya amat rumit untuk difikir dan diselesaikan apabila diri kita dilanda badai dalam percintaan.

Persoalannya mengapa?
Mengapa kita harus berfikir hanya didalam satu ruang yang amat sempit?
Mengapa sukarnya untuk menyingkirkan rasa cemburu dan sakit hati ini?
Mengapa perlunya kita membuang masa memikirkan perkara yang tidak wajib sedangkan solat 5 waktu yang wajib itu pun tidak dimbil kira?

jawapannya hanya satu iaitu "CINTA"

Apa ada pada cinta?
Penting ke ia dalam hidup kita?

Cinta adalah sesuatu yang kompleks, setiap orang akan merasai kemanisannya.

Aku bercerita bukan kerana aku tidak faham akan individu mengalami masalah ini rasa dan apa yang ada dalam diri dan fikirannya.

Sesungguhnya aku pernah mengalami itu semua, dan perkara itu amatlah perit untuk aku luahkan, dan hanya "keredhaan" yang dapat membantu aku dalam masalah yang aku hadapi ketika itu.

Aku hanyalah wanita biasa, yang banyak kekurangan dan perlukan bimbingan seseorang untuk perbetulkan apa yang patut aku lakukan sebagai umat manusia di muka bumi Allah yang maha Esa ini.

Dahulu aku hanya bersendirian, tidak mempunyai kekasih yang boleh menceriakan hidup aku seperti teman yang seusia dengan ku. hidup aku hanya aku, keluarga dan teman2 rapat. Bukan aku tidak mahu mencari kekasih, tetapi aku hanya ingin mencari satu-satunya manusia yang boleh menjadi teman hidup untuk sepanjang hayat ku.

Dengan takdir Allah aku telah bertemu dengan seorang lelaki, lelaki yang berasal dari keturunan baik, sopan santun orangnya, baik budi pekertinya. Entah macam mana aku telah tertarik padanya, Hanya kerana dialah lelaki pertama yang telah mengejutkan aku untuk solat subuh. Dengan tiba-tiba hatiku terpaut padanya. Aku terima dia kerana aku yakin dialah lelaki yang ditakdirkan untuk aku, dan aku merasakan ada satu tarikan kuat untuk aku mengenalinya dengan lebih rapat.

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, dia telah berjanji untuk hidup bersamaku setiba masanya nanti. Setahun hidup aku amatlah gembira sekali, aku tak pernah pun merasakan nikmatnya cinta bila bersama seseorang yang amat aku cintai. dan aku sedar yang aku sedang dilamun "CINTA" , pada waktu itu aku dapat merasai begitu kuatnya kuasa cinta, dan dapat merasai kebodohan manusia sehingga merosakkan diri hanya kerana cinta.

Aku terlalu sayangkan dirinya, bahkan lebih sayangkan dia dari nyawa dan keluarga ku sendiri sehinggakan aku lupa segala-galanya. Sehingga aku lupa sesuatu, iaitu takdir penentu segalanya. Setiap percintaan ada cabarannya. Lain orang pun lain caranya. Sehinggakan pada satu ketika aku merasakan yang diriku semakin jauh darinya, aku sedaya upaya mencari jalan untuk menjejaki permasalahan yang melanda hubungan aku ketika itu.

Tiga tahun adalah waktu yang terlalu lama untuk menjejaki dan mencari bukti permasalahan yang menganggu hubungan ku, jiwa ku kosong. Diwaktu itu aku rasakan kesepian dan kesunyian. setiap tidur malamku dibanjiri tangisan, mengapa hidupku perlu begini? apa yang patut aku lakukan?

Dengan berdoa kepada Allah aku memohon petunjuk untuk membuktikan kebenaran tipu helahnya selama ini, akhirnya terjawablah persoalan yang aku membelenggu fikirkanku satu persatu. Lelaki yang aku sangkakan akan menjadi teman hidupku bukan lah lelaki yang aku temui sewaktu roh ku berterbangan di LohMahfus sebelum aku dilahirkan didunia (mungkin sekali)

Ternyata rupanya dirinya telah pun dimiliki oleh seorang wanita yang lebih baik dariku. pernah juga aku bertanya mengapa wanita itu yang dipilih, dan jawapannya adalah kerana wanita itu kuat ilmu agamanya. Bayangkan lah apa yang aku rasai ketika itu, ternyata sekali diri aku terlalu banyak kekurangan. Beratnya dugaan yang terpaksa aku lalui. Aku terpaksa melepaskan insan yang aku cintai selama empat tahun untuk berkahwin dengan pilihan hatinya.

Segala ruang dan waktu aku hanya berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik dalam hidupku. Dan akhirnya aku melepaskan dia untuk pergi jauh dari hidup ku dan berkahwin dengan pilihan hatinya. Sedangkan pada ketika itu sidia terasa amat besalah pada ku dan ingin lepaskan segala rindu dan rasa berbelah baginya terhadap aku untuk perkahwinannya.

Tetapi sayang, hati aku sudah tertutup rapat untuk sidia kembali pada ku, kerana pernikahan dia sudah hampir pada waktunya. Biarlah semua ini berlalu, dan biarkan semua ini menjadi sejarah hidupku.

Permasalahan ini telah memberikan pengajaran kepadaku, bukan sekadar menginsafkan diriku tetapi memberi pedoman hidup agar aku lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup. Hidup ini hanya sementara wahai teman ku. Jangan hanya berada didalam ruang yang sempit untuk menyelesaikan masalah percintaan.

Sebaiknya carilah yang terbaik untuk kamu, adakah dia boleh menjaga kamu, melindungi kamu, mendidik anak-anak dan menjadi iman ketika bersolat. Janganlah hanya memandang rupa paras dan kebendaan, sesungguhnya ia hanyalah sementara.

Yang sedang bercinta, jauhilah sifat ego dalam diri masing-masing, pupuk rasa toleransi dan percaya mempercayai antara satu sama lain, sesungguhnya sidia adalah sebagaimana diri kita.

Seandainya ada kemuskilan rajin-rajinkanlah berterus-terang, jika sidia perlukan waktu dan ruang izinkanlah dia berfikir sejenak. Tinggalilah mereka seandainya diri kita tidak layak untuknya, kerana ia lebih membawa kebahagiaan terhadap diri masing-masing.

Dan akhir kata dari saya, mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. Dan Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.


Renung-Renungkan dan Selamat Beramal........

PeNanG MaLi!!!



Percutian pertama aku dengan temen-temen rapat sekolah menengah dulu.

kira nie macam reunion lah jugak sebab lepas habis skolah menengah dulu semua bawak haluan masing-masing.

so, kitorang decide Percutian nie ke penang jer..

mula-mula tu pening jugak pale nie dok pikiak nak pi mana sebab macam-macam halangan nak pergi bercuti nie, maklumlah hujan, ada yang takut kena tsunamilah ahak ahak tak boleh bla btul ar

Trip kitorang nie cuma 4 orang je dan muat lah untuk satu kereta, yang lain semua ramai dah kawen dan yang bujang terang tang-tang nie je lah yang tinggal.

maybe next trip kitorang cadang nak ke Sabah pulak, pergi Pulau Sipadan pn best gak. Papehal pun tengok bajet ar

kalau bajet tak der dok umah sudah...hahahhh....