Wednesday, August 19, 2009

SeRiBu KeNanGaN MeNggaMiT MeMoRi.....

Kenangan Di Kolej...


Hai! Hehe...kepada yang berkenaan korang jangan marah taw aku letak gambar nih. Kepada yang tak berkenaan pulak sudi-sudi lah buat air + makan biskut merie depan PC tu. kut-kut lipas lalu leh tumpang sekaki tengok blog aku nih huhu.....

Nie antara gambar Student Grafik kolej kitorang. Amacam? cun x?? kalau nak tahu budak grafik nie semua memang mcm nie. Sapa yang tak tahan tu silap hari bulan bleh mati gelak dek ragam dye orang nie.

Masa nie time blur-blur nak guna camera dslr. Ape-ape hal tanya 'sifu' ar pe lagi, agak-agak yang banyak tanya tu paham-paham sendiri lah kalo xfaham jugak stok penampo lah jawabnyer hehe.... sebenarnya ramai lagi di sebalik cameraman a.k.a Pisang nie. Tp cuma nie je yang aku jumpa, yang lain aku lupa pulak save kat mana. Riuh satu studio nie dek mereka-mereka yang agak sakit jiwa. Ponen pale den dok layan...


Aku nak ucap time kasih kat korang smua yang sudi jadi model tak berbayar nie. kalo tak pasal korang tak dapatlah aku siapkan projek nie. Yang mana aku terlebih pakaikan bedak untuk tajuk freaky face tu mintak maaf lah ye? sblum tu kasi aku menyorok belakang En.Saiful dulu..hehehh...


Tak lupa juga kepada faiz a.k.a Pisang merangkap lecturer tak diiktiraf. Dalam banyak-banyak buah aku tak tahu kenapa pisang jugak yang ko nak uat animation. las2 lekat jugak nama ko tu smpi sekarang.. kesian....Whatever lh, jnji photoshot ko memang "class" lh beb. kalo tak sebab ko maybe aku nie masih blur nak pkai camera dslr nih.

Untuk korang smua yang belum abis belajar lagi tu rajin-rajin taw buat assignment, udah-udah lah buat kerja last minit lagi. Aku dah serik time subject animation dulu sampai animation aku buat pun jalan tongagang terbalik. Sungguh pun begitu aku dapat 'B' taw kira ok ar kan hehehe... ka ar, aku nak siapkan kerja nie. Sok bila-bila aku tambah lagi taw...

SaJe NaK KoNgSi


Lawak CipiL


"Superman Returnn...."


Aku datang dari keluarga yg besar, 16 adik beradik. Bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup
” gaya pulang ke pangkal jalan"
maka adalah yg tak kena sana sini…
oh... Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)


Lalu ada yg sound,


“Apahal duduk macam nak berlari ajer….”


“Tak baik lutut tinggi pada makanan..”


“Ni duduk ke nak berak nie..?”


Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen. Aku pun basuh tangan. Nota untuk mua’alaf "Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur"

InsyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir… ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja. Bentuk bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!


Oh…Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound “Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?”
Aku kata “Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!!” Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5… Oh.. tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh… Diorang tegur,

“Essh.. pengotor betullah”
Aku kata “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!”
(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
“Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!”

tanya diorang pada aku...


“Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi heheheh”kataku…
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. err maksud aku cara Nabi makan… Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya,

“Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?”

Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla.. Aku kata

“Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!
(tak lawak) ha ha ha!!!”

Aku menyambung...
“Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang.. hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah"

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku…


Huh! Hamka,


"Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..”
(kata abang aku)

Aku kata “Senang sajer… Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..”

Mak aku pun buat.. tapi masih tak jadi..

Aku kata“Lurus mak, tangan mak dua-dua kena lurus… !!!”
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas)

Aku kata “Sekarang sebut SUPERMAN RETURN!!!!!!"


HA HA HA..
(semua org ketawa)


Nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa.. sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he… Selamat mencuba, ni bukan hadith, cuma pengalaman.
Kah Kah Kah!!.......

~Peace 4Me~